Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Polis Johor berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 individu dan merampas 41.62 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai RM4.36 juta menerusi tiga operasi berasingan di daerah ini dan Batu Pahat dalam tempoh empat hari antara 11 hingga 14 Mei lepas.
Transcript
00:00Polis Johor berjaya menumpaskan 3 sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 individu dan merampas 41.62kg berbagai jenis dadah bernilai
00:134.36 juta ringgit menerusi 3 operasi berasingan di daerah ini dan batu pahat dalam tempoh 4 hari antara 11
00:21hingga 14 Mei lepas.
00:23Pemangku Ketua Polis Johor DCP Hu Chuan Huat berkata individu yang ditahan terdiri daripada 3 lelaki dan 2 wanita tempatan,
00:32seorang lelaki warga Singapura, 3 wanita warga Vietnam serta seorang wanita warga Thailand berusia antara 24 hingga 54 tahun.
00:42Belar berkata ketiga-tiga sindiket yang dipercayai aktif sejak Januari hingga Februari lepas itu menjadikan kondominium berpagar dan berkawal serta
00:50rumah teras sebagai lokasi penyimpanan dan pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
00:57Katanya operasi pertama di sekitar daerah ini membawa kepada penahanan seorang lelaki dan wanita tempatan serta 5 individu warga Singapura,
01:05Vietnam dan Thailand yang masing-masing dipercayai berperanan dalam kegiatan pengedaran dadah.
01:10Pelbagai jenis dadah seberat 19.06 kg dan 9.01 liter cecair dadah dirampas dalam operasi ini yang dianggarkan bernilai
01:19RM1.47 juta.
01:22Belar berkata pihak polis turut menyita pelbagai barangan termasuk 7 utas gelang tangan bernilai RM23,975, 2 jam tangan jenama
01:30mewah bernilai RM40,000 serta 2 kereta.
01:33Hasil ujian saringan air kencing mendapati 3 suspek positif dadah jenis metafitamin dan 2 lagi positif ketamin manakala hanya seorang
01:42mempunyai rekod jenayah lampau.
01:45Belar berkata seorang suspek direman selama 7 hari bermula 12 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya
01:521952.
01:54Dalam operasi kedua di Batu Pahat, polis merampas kira-kira 9.48 kg dadah serta 0.102 liter cecair dadah
02:03bernilai RM1.15 juta selain menyita 2 kereta dan wang tunai RM280.
02:09Seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai penjaga store penyimpanan dadah turut ditahan dalam operasi itu.
02:17Suspek direpati positif ketamin dan direman selama 7 hari bermula 13 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah
02:26Berbahaya 1952.
02:28Sementara itu, Hu berkata seorang lelaki yang dipercayai berperanan sebagai pengedar bersama seorang pembantu wanita ditahan dalam operasi ketiga di
02:36daerah ini.
02:37Menurutnya, sebanyak 13.07 kg dadah bernilai RM1.73 juta dirampas dalam operasi berkenaan selain polis turut menyita pelbagai barangan
02:48termasuk 3 kereta.
02:50Hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang suspek positif ketamin manakala semakan turut mendapati seorang lagi mempunyai rekod jenayah lampau.
02:59Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama 7 hari bermula 15 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah
03:07Berbahaya 1952.
Comments

Recommended