Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi keutamaan kepada permohonan pertukaran guru duka lara termasuk pasangan jarak jauh, sebagai usaha memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga pendidik terus terpelihara.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan KPM memberi keutamaan kepada permohonan pertukaran melibatkan guru duka lara terutama kes pasangan jarak jauh.
00:09Menterinya Fadlina Siddiq berkata langkah itu diambil sebagai usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga pendidik.
00:17Katanya sekitar 80% permohonan pertukaran yang diluluskan melibatkan kes pasangan yang terpaksa berjauhan.
00:24Menurut beliau KPM teruk mempertimbangkan faktor kesihatan dan keselamatan dalam setiap permohonan pertukaran yang diterima.
00:32Beliau menegaskan KPM memahami keadaan warga pendidik dan sentiasa memberi perhatian terhadap isu kebajikan mereka melalui penambahbaikan dasar sedia ada.
00:42Antara langkah yang diambil termasuk memendekkan tempoh kelaikan permohonan pertukaran kepada dua tahun berbanding sebelum ini.
Comments

Recommended