Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
WHO mengesahkan 13 kes Ebola di Republik Demokratik Congo dan membantu usaha membendung penularan, ketika wabak itu telah menyebabkan puluhan kematian dan ratusan kes disyaki.
Transcript
00:00Baik, seterusnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO kini membantu Republik Demokratik Kongo DRC dalam usaha membendung wabak Ebola yang semakin membimbangkan
00:11di timur laut negara itu.
00:13Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanam de Ghebreyesus, setakat ini 13 kes Ebola telah disahkan melalui ujian makmal di
00:23Ibu Negara, Kinshasa.
00:26Menurut beliau, WHO mula menerima laporan kes disyaki pada 5 Mei sebelum segera mengerahkan pasukan ke wilayah Ituri bagi menjalankan
00:34siasatan terperinci.
00:36Agensi Kesihatan Benuk Afrika Centers for Disease Control and Prevention atau Afrika CDC sebelum ini memaklumkan wabak tersebut telah menyebabkan
00:4465 kematian daripada 246 kes disyaki.
00:50WHO kini menunggu laporan rasmi daripada kerajaan DRC bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai situasi semasa wabak tersebut.
00:58Wabak terbaru ini berlaku dalam keadaan wilayah Ituri berdepan krisis keselamatan yang semakin meruncing,
01:04susunan pertempuran antara kumpulan bersenjata yang telah mengorbankan ramai orang awam dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.
01:10Keadaan ini dijangka menyukarkan usaha petugas kesihatan dalam menjalankan pengesanan kontak, menghantar bantuan perubatan dan mengawal penularan penyakit.
01:20Pakar kesihatan menegaskan usaha pantas dan terselaras amat penting bagi memastikan wabak ini tidak merebak lebih luas di rantau Afrika
01:28Tengah.
01:29Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended