Skip to playerSkip to main content
Pendaftaran laluan khas lepasan SMPC, UEC, Tahfiz ke IPTA dibuka 30 Jun

Permohonan bagi laluan khas kemasukan pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan tahfiz ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) akan dibuka secara terus melalui universiti terlibat bermula 30 Jun ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Azlinda Azman berkata, permohonan tersebut tidak dibuat melalui sistem UPUOnline kerana persediaan sistem berkenaan telah berjalan sejak tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780010/berita/nasional/pendaftaran-laluan-khas-lepasan-smpc-uec-tahfiz-ke-ipta-dibuka-30-jun

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #pendaftaranlaluankhaskeIPTA #permohonankemasukankeIPTA
Transcript
00:00Laluan melibatkan calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
00:07iaitu melalui silibus SPM yang dikendalikan oleh Lembaga Pemperiksaan Malaysia
00:13serta diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
00:18Bagi laluan ini, ianya terpakai kepada calon lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan
00:25seperti ketetapan yang dibuat Mesyuarat Jemaah Menteri.
00:30calon hanya boleh dipertimbangkan untuk program-program tertentu sahaja
00:35yang telahpun dikenalpasti berdasarkan kepada kesesuaian bidang pengajian, latar belakang akademik dan keperluan semasa.
00:46Bagi lepasan sekolah atau institusi tahfiz, aliran agama misalnya,
00:52program yang telah dikenalpasti adalah Diploma dan Sarjana Muda Dakwa,
00:57Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah,
01:01Sarjana Muda Pendidikan Tafiz,
01:04dan Sarjana Muda Pengajian Islam dalam kurungan dakwah.
01:09Manakala, bagi lepasan SMPC, Sekolah Menengah Pendidikan Cina,
01:15program yang dikenalpasti adalah Sarjana Muda Sastra Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian,
01:22Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina,
01:25Sarjana Muda Sastra Pengajian Cina,
01:28dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.
01:32Kerajaan juga ingin menjelaskan bahawa kemasukan calon dalam aliran di luar sistem pendidikan kebangsaan
01:39mestilah mempunyai kelayakan dari institusi masing-masing bersekali memiliki SPM
01:47dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bahasa Melayu
01:51serta lulus sejarah sebagaimana yang telah diputuskan.
01:55KPT ingin menegaskan semua permohonan kemasukan ke IPT
02:00akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik
02:06serta tertakluk kepada penilaian dan keputusan Senat Universiti.
02:12UPU online semua telah pun berjalan.
02:16Persediaannya telah pun berlaku sejak akhir tahun yang lepas,
02:20daripada Oktober 2025.
02:22Jadi bagi mengikut ketetapan seperti yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri
02:28maka kita semua di peringkat universiti telah pun beberapa kali mengadakan libat urus
02:34dan insyaAllah kita akan membuka permohonan secara terus kepada universiti
02:40yang menawarkan program-program tersebut bermula 30 Jun 2026
02:47supaya bagi membolehkan permohonan itu boleh berlaku pada tahun ini.
02:52InsyaAllah selepas ini untuk tahun yang seterusnya kita akan memasukkannya dalam UPU online
03:00tetapi dalam kategori yang di luar kurikulum kebangsaan.
03:08Kita ada tiga universiti, minta maaf, UPM untuk Sarjana Muda Sastra Pengajian Bahasa Cina dan Kepujian
03:15Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina dan juga Sarjana Muda Sastra Pengajian Cina
03:22adalah kedua-duanya daripada ditawarkan di Universiti Melayak
03:26dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan di UPSI
03:30Saya tengok ni ada empat, sebenarnya dua daripada UN, satu daripada UPM dan satu daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris
Comments

Recommended