Skip to playerSkip to main content
  • 28 minutes ago
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sistem kesihatan di Cuba kini berada dalam tekanan yang serius akibat kekurangan bahan api, bekalan elektrik, ubat-ubatan dan peralatan perubatan. Walaupun masih berfungsi, gangguan rantaian bekalan dan bekalan kuasa telah mengehadkan keupayaan hospital untuk menyediakan rawatan kritikal. Lebih 100,000 pesakit menunggu pembedahan, sementara jutaan pesakit kronik berdepan risiko gangguan rawatan. PBB dan WHO menyeru bantuan segera disalurkan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
Transcript
00:00Seterusnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada Jumat mengeluarkan amaran bahawa sistem kesihatan di Cuba berada dalam tekanan yang kritikal,
00:09namun sistem kesihatan negara itu masih berfungsi.
00:12Menurut pegawai PBB, tekanan yang dihadapi termasuk kekurangan bahan api, bekalan elektrik, ubat-ubatan dan peralatan perubatan.
00:20Dalam satu kenyataan, PBB menegaskan keperluan bantuan menyelamatkan nyawa disalurkan kepada rakyat dengan segera dan tanpa sebarang kelewatan.
00:30Badan dunia itu juga memberi amaran bahawa situasi berkemungkinan menjadi lebih buruk tanpa tindakan pantas dan penyelarasan berkesan.
00:39Sementara itu, seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, memaklumkan gangguan bekalan elektrik dan masalah rantaian bekalan kini menghadkan keupayaan hospital
00:50untuk menyediakan rawatan kecemasan, pembedahan, perkhidmatan makmal, bank darah, imunisasi, serta penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
01:01Jelasnya, lebih 100,000 pesakit termasuk lebih 11,000 kanak-kanak kini menunggu pembedahan yang tertangguh.
01:08Manakala, kira-kira 5 juta individu yang menghidap penyakit kronik berdepan risiko gangguan rawatan penting yang menyokong kelangsungan hidup mereka.
01:16Tambah WHO, seramai 16,000 pesakit radioterapi dan lebih 12,000 pesakit kimoterapi juga berisiko selain lebih 32,000 wanita
01:26hamil yang menghadapi akses terhad kepada perkhidmatan diagnostik serta pengangkutan kecemasan obstetrik.
01:33Selain itu, WHO memaklumkan kekurangan bahan api juga telah menghadkan perkhidmatan ambulans serta akses kepada rawatan kesihatan selain menjejaskan bekalan
01:44air bersih, pengeluaran makanan dan sistem rantai yang sejuk.
01:48Terima kasih.
Comments

Recommended