00:00Sementara itu, Uganda mengesahkan wabak virus Ebola berjangkit tinggi melibatkan strain Bundibuyo.
00:07Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, pada Jumaat, kes pertama di Uganda melibatkan jangkitan yang diimport dari Republik Demokratik Kongo DRC
00:17dengan pesakit disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi pada Khamis selepas mengalami gejala pendarahan serius.
00:26Menurut Pusat Kawalan dan Penjagaan Penyakit Afrika, Afrika CDC, perkembangan ini berlaku ketika DRC turut berdepan wabak aktif di wilayah
00:35Ituri
00:36dengan 65 kematian dilaporkan daripada 246 kes di Syaki.
00:42Afrika CDC memaklumkan pihaknya telah mengadakan mesyuarat kecemasan bersama negara jiran termasuk Uganda, Sudan Selatan dan Rakan Global
00:51bagi memperkukuh pemantauan rentas sempadan.
00:55Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO sebelum ini menerima laporan kes di Syaki pada 5 Mei dan segera mengerahkan pasukan ke Ituri
01:02untuk siasatan lanjut.
01:05Walaupun ujian awal menunjukkan keputusan negatif, Makmal di Kinshasa kemudiannya mengesahkan kes positif pada Khamis
01:13menjadikan jumlah 13 kes disahkan setakat ini.
01:16WHO turut mengumumkan pembiayaan awal sebanyak 500 ribu dolar daripada dana kecemasan bagi menyokong usaha kawalan wabak termasuk pengesanan kontak,
01:28pengujian Makmal, pemantauan epidemiologi dan rawatan klinikal.
01:32Ebola merupakan penyakit virus maut dengan kadar kematian tinggi yang merebak melalui sentuhan langsung dengan cecai badan individu yang dijangkiti.
01:42Pihak berkuasa kesihatan kini memfokuskan usaha kepada mengesan kes awal, memutuskan rantaian jangkitan dan meningkatkan kesedaran awam dalam kalangan komuniti
01:53berisiko tinggi.
Comments