Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada warga pendidik sempena Hari Guru, sambil menekankan peranan penting guru dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya tahan. Beliau turut berkongsi pengalaman sebagai tenaga pengajar pada awal 1970-an, yang membuka mata terhadap cabaran pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan.
Transcript
00:00Seterusnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu video ucapannya di Facebook hari ini mengucapkan selamat hari guru buat
00:07golongan pendidik di seluruh negara.
00:09Anwar turut mengiktiraf jasa, pengorbanan dan dedikasi kepada guru yang menjadi tunjang dalam pembinaan generasi muda sekaligus mencorakkan ahlak, nilai
00:17dan ketamandunan negara.
00:25Dalam hantaran sama, Anwar juga berkongsi pengalaman beliau sebagai tenaga pengajar ketika menubuhkan Yayasan Anda Akademik pada awal 1970-an.
00:34Menurutnya, sekitar era tersebut jelas memperlihatkan realiti kehidupan anak muda daripada keluarga kurang berkemampuan dan tercicih daripada arus pendidikan dengan
00:43kegerisahan terhadap masa depan mereka.
00:45Pengalaman tersebut menegaskan peranan seorang guru tidak terhad kepada penyampaian ilmu semata-mata, sebaliknya merangkumi usaha membina keyakinan diri, mengangkat
00:54maratabat insan serta menanam harapan dan cita-cita dalam kehidupan pelajar.
01:00Tambah Anwar, seiring dengan cabaran dunia yang semakin kompleks, peranan guru dilihat semakin penting dalam membentuk generasi yang bukan sahaja
01:07berilmu, malah memiliki kekuatan ahlak dan jiwa.
01:10Sebab itu, perhargaan harus diberikan kepada seluruh warga pendidik dengan harapan agar pendidik dapat terus dikurniakan kekuatan, kecekalan dan iltizam
01:20dalam mendidik anak bangsa demi masa depan Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan mampan.
01:26Sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei tahun ini bertemakan Guru Bitarah, Nadi Negara.
01:32Selamat Hari Guru, Guru Bitarah, Nadi Negara.
01:39Terima kasih cikgu-cikgu yang dikasih.
01:44Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
01:51Terima kasih cikgu-cik.
Comments

Recommended