00:00Dua warga emas mengalami kerugian hampir 2.7 juta ringgit selepas diperdaya sindiket pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan
00:10menerusi platform berasingan.
00:12Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizi Ismail dalam kenyataan memberitahu, kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 62 tahun yang bekerja
00:21sebagai penjaga jentera dan mengalami kerugian sebanyak 1.294 juta ringgit selepas terjerat dengan skim pelaburan dalam talian dikenali sebagai
00:31Global Finance, TransXA.
00:36Menurutnya, mangsa mula tertarik dengan skim tersebut selepas melihat iklan pelaburan di aplikasi Facebook pada Mac lalu sebelum dihubungi seorang
00:45suspek wanita melalui aplikasi WhatsApp.
00:49Suspek menawarkan pelaburan yang didakwa berasal dari Cina menggunakan nama syarikat Saitik Wealth Advisor Sindiran Berhad dengan janji keuntungan tinggi.
00:59Jelas Azizi, modus operandi yang dilakukan adalah dengan suspek memberi tip pelaburan tempatan dan ramalan keuntungan yang tepat sehingga meningkatkan
01:09keyakinan mangsa terhadap skim berkenaan.
01:13Sesudahan itu, mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi Global Finance, TransXA bagi tujuan pendaftaran dan urusan pelaburan.
01:21Mangsa didapati melakukan 28 transaksi pembayaran berjumlah RM1.39 juta ke akaun bank CIMB atas nama syarikat itu antara 6
01:32April hingga 4 Mei lalu.
01:35Bagaimanapun, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM103,000 sebelum menyedari dirinya ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan berjumlah RM1 juta yang
01:46dipaparkan dalam aplikasi tersebut.
01:48Manakala dalam kes berasingan, seorang bekas pengarah syarikat berusia 72 tahun turut mengalami kerugian RM1.403 juta selepas diperdaya sindiket
02:00pelaburan dalam talian yang menggunakan nama Shanghai Futures Exchange.
02:06Pada Julai 2023, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki warga asing melalui Facebook sebelum hubungan itu diteruskan menerusi aplikasi lain.
02:16Suspek didakwa menghantar gambar kad pengenalannya bagi meyakinkan mangsa dirinya benar-benar wujud sebelum menawarkan skim pelaburan dengan janji keuntungan
02:26tinggi dalam tempoh singkat.
02:28Menurut Azizi, antara 27 November tahun lalu hingga 5 Februari, mangsa melakukan sebanyak 53 transaksi berjumlah RM1.403 juta ke
02:39dalam 30 akaun bank berbeza, termasuk 26 akaun individu dan 4 akaun syarikat.
02:46Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan sebanyak RM30 juta yang dipaparkan dalam aplikasi berkenaan selain akaunnya disekat
02:58dan suspek gagal dihubungi.
03:01Sehubungan itu dalam kenyataan sama, polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket skim pelaburan dalam talian kerana ia
03:09berpotensi mendatangkan kerugian yang banyak.
03:12Orang ramai yang ingin membuat sebarang semakan terhadap syarikat pelaburan dalam talian boleh berbuat demikian menerusi laman rasmi Bank Negara
03:20Malaysia di www.bnm.gov.my
03:25Terima kasih sudah menonton!
Comments