00:00Presiden kesyarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping hari ini akan memulakan hari kedua rundingan sidang kemuncak mereka di
00:07Beijing.
00:08Ia berlangsung di tengah-tengah jangkaan dua ekonomi terbesar dunia itu akan memeterai perjanjian perniagaan termasuk peningkatan pembelian produk pertanian
00:16AS oleh China.
00:20Selepas membincangkan pelbagai isu termasuk perdagangan, masa depan Taiwan dan Perang Amerika-Israel yang sedang berlanjutan terhadap Iran dalam rundingan
00:29kira-kira dua jam pada hari pertama,
00:31Trump dan Jinping dijangka membincangkan kemungkinan melanjutkan persetujuan sementara selama setahun bagi meredakan konflik perdagangan yang dicapai pada Oktober lepas.
00:42Menurut Kementerian Luar China, Jinping pada Khamis menegaskan bahawa hubungan ekonomi dua hala bersifat saling menguntungkan.
00:49Selain menyambut baik hasil yang secara umumnya seimbang dan positif dicapai perunding kedua-dua negara dalam rundingan perdagangan saat akhir
00:57di Korea Selatan sebelum sidang kemuncak itu.
01:01Setiusaha perbendaharaan AS Scott Besson berkata, kedua-dua negara akan membincangkan lembaga pelaburan yang akan bertanggungjawab terhadap pelaburan dalam bidang
01:10tidak sensitif
01:11dan beliau menjangkakan China akan membuat tempahan besar pesawat Boeing.
01:17Besson turut berkata Washington dan Beijing akan mewujudkan satu protokol bagi memacu pembangunan kecerdasan buatan AI secara selamat.
01:25Kedua-dua negara merupakan pesaing dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan AI.
Comments