00:00Presiden Donald Trump berharap hubungan antara Amerika Syarikat dan Xi Jinping akan menjadi lebih kukuh dan lebih baik berbanding sebelum
00:08ini.
00:08Harapan disuadakan ketika beliau meneruskan sidang kemuncak bersama pemimpin China itu di Beijing pada Jumaat.
00:16Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata kenataan Jinping yang sebelum ini melabel Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang
00:24sedang merosot
00:25sebenarnya merujuk kepada keadaan negara itu ketika di bawah pentadbiran bekas Presiden Joe Biden.
00:32Trump mendakwa Amerika Syarikat mengalami pelbagai masalah sepanjang empat tahun pentadbiran Biden, termasuk isu sempadan terbuka, kadar cukai tinggi, jenayah
00:41serta dasar perdagangan yang disifatkannya sebagai lemah.
00:45Bagaimanapun, Trump menegaskan keadaan negara itu kini telah berubah sepanjang 16 bulan pentadbirannya
00:51dengan mendakwa ekonomi Amerika kembali kukuh, pasaran saham, mencatat rekod tertinggi, serta peluang pekerjaan berada pada tahap terbaik dalam sejarah
01:00negara itu.
01:01Beliau turut mendakwa Jinping telah mengucapkan tahniah kepadanya atas beberapa kejayaan pentadbiran Amerika dalam tempoh singkat.
01:10Lawatan Trump ke China selama dua hari itu merupakan kunjungan pertama seorang Presiden Amerika Syarikat ke negara itu sejak lawatan
01:16terakhir beliau pada 2017.
01:19Sidang kemuncak berkenaan dijangka memberi fokus kepada hubungan perdagangan, ekonomi serta kerjasama strategik antara kedua-dua kuasa besar dunia itu.
Comments