Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
AS mendakwa menguatkuasakan sekatan laut ke atas pelabuhan Iran dengan mengarahkan kapal komersial menukar haluan di Selat Hormuz, sambil membenarkan laluan bantuan kemanusiaan dan menangguhkan operasi Freedom.
Transcript
00:00Amerika Syarikat didakwa telah mengarahkan 70 kapal komersial menukar haluan sebagai sebahagian daripada usaha menguatkuasakan sekatan laut terhadap pelabuhan Iran.
00:09Menurut Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat, Sankom setakat Khamis, pasukan Sankom telah mengarahkan 70 kapal komersial menukar haluan dan melumpuhkan
00:184 lagi bagi memastikan pematuhan terhadap sekatan Washington ke atas Iran.
00:24Sankom telah mengalumkan bahawa tentera Amerika membenarkan 15 kapal yang membawa bantuan keperluan melalui laluan berkenaan.
00:31Pada 13 April, tentera laut Amerika Syarikat mula menyekat semua trafik maritim yang keluar dan masuk dari pelabuhan Iran di
00:38kedua-dua belah selat Hormuz.
00:40Washington menegaskan bahawa kapal buka Iran bebas berlayar melalui laluan air itu selagi tidak membayar tol kepada Tehran.
00:47Pihak berkuasa Iran belum mengumumkan pelaksanaan tol namun telah membincangkan rancangan berkenaan.
00:52Pada 3 Mei, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan projek Freedom bagi membantu kapal yang terkandas di selat Hormuz dan
00:59mahu keluar dari kawasan itu.
01:01Dua hari kemudian, Trump menangguhkan operasi berkenaan untuk melihat sama ada perjanjian ramai dengan Iran dapat dicapai.
01:08Perang melibatkan Amerika Syarikat Israel dan Iran bermula 28 Februari lepas dan sehingga kini tiada petanda ia akan berakhir dalam
01:14tempoh yang terdekat.
01:16Sengketa dirantau Asia Barat itu bukan sahaja mengibatkan harga minyak melonjak tetapi penutupan selat Hormuz susulan perang turut menyebabkan negara
01:23dunia terjerumus ke kancah krisis bekalan meruncing.
Comments

Recommended