Skip to playerSkip to main content
Seorang penuntut kolej yang memandu kereta jenis Toyota Vios didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, atas dua pertuduhan membunuh pasangan suami isteri yang menunggang motosikal, dua minggu lalu.

Danish Raman Kamar Kumaresan, 24 yang memakai baju berwarna putih berbelang hitam, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majitret, Nurul Izzah Hasan Basri.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779948/berita/semasa/pemandu-toyota-vios-didakwa-bunuh-suami-isteri

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Langgar #Mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang penuntut kolej yang memandu kereta jenis Toyota Vios didakwa di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur pada Jumaat
00:07atas dua pertuduhan membunuh pasangan suami isteri yang menunggang motosikal dua minggu lalu.
00:14Danish Rahman Kamar Kumar Hassan, 24 tahun, yang memakai baju berwarna putih berbelang hitam,
00:21mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Magistret Nurul Izzah Hassan Basri.
00:29Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:36Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh A. Dorai Singam, 61 tahun, dan istrinya, A. Menagah, 56 tahun,
00:46di Jalan Ampang dari arah KLCC menghala ke Ampang Point jam 5.30 pagi pada 2 Mei lalu.
00:53Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati
01:00atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun.
01:04Jika tidak dihukum gantung, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.
01:10Mahkamah menetapkan 17 Ogos untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended