Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Seekor paus bongkok muda sepanjang enam meter ditemukan mati di pesisir pantai Sao Paulo ketika musim migrasi pembiakan spesies itu ke perairan Brazil.
Transcript
00:01Seekor paus bongkok ditemukan mati di pesisir pantai Sao Paulo pada Isnin dalam keadaan sudah mereput menurut pihak berkuasa tempatan.
00:10Kerajaan tempatan memaklumkan bangkai mamalia laut itu dipercayai paus muda sepanjang kira-kira 6 meter dan tidak menunjukkan sebarang tanda
00:19jelas berlaku pelanggaran dengan kapal ataupun kemalangan lain.
00:23Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Ilhabela, penemuan paus bongkok itu di pesisir utara negeri Sao Paulo menjadi lebih kerap pada tempoh
00:32ini berikutan musim migrasi pembiakan spesies itu ke perairan Brazil.
00:37Dalam tempoh ini, haiwan yang lemah atau mati juga boleh direkodkan dan situasi itu dianggap sebagai sebahagian daripada dinamika semula
00:46jadi populasi spesies berkenaan.
00:48Satu pasukan khas turut dihantar ke lokasi bagi mengambil sampel serta menguruskan bangkai paus berkenaan mengikut protokol alam sekitar yang
00:59ditetapkan.
01:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended