Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Aktivis Brazil, Thiago Avila dan warga Sepanyol, Abu Keshek dibebaskan selepas ditahan Israel susulan misi Global Sumud Flotilla ke Gaza, dengan Thiago mendakwa berlaku penyeksaan sepanjang tempoh tahanan.
Transcript
00:00Aktivis Brazil Tiago Avila dan warga Sepanyol Abu Khashig dibebaskan selepas ditahan pihak berkuasa Israel susulan cubaan menghantar bantuan kemanusiaan
00:11ke Gaza melalui misi global sumut Flotilla.
00:14Tiago tiba di Sao Paulo pada Isnin selepas dihantar pulang dari Israel dan mendakwa beliau diseksa sepanjang 10 hari dalam
00:23tahanan selain menyaksikan layanan buruk terhadap tahanan Palestine.
00:31Tiago dan Abu Khashig merupakan sebahagian daripada kumpulan kedua global sumut Flotilla yang berlepas dari Sepanyol pada 12 April lalu
00:38dalam usaha memecah sekatan Israel ke atas Gaza dengan membawa bantuan kemanusiaan.
00:44Kedudur mereka ditahan selepas Flotilla berkenaan dipintas tentera Israel menekan lebih 100 aktivis pro-Palestin lain dibawa ke Krit, Greece.
00:53Mereka ditahan atas dawaan membantu musuh dan mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas namun kedudurnya menafikan tuduhan tersebut.
01:02Tiago dan Abu Khashig dibebaskan pada Sabtu sebelum diserahkan kepada pihak imigresin untuk proses penghantaran pulang.
01:09Israel bagaimanapun menolak dawaan kumpulan hak asasi yang mewakili keduduk aktivis itu di mahkamah bahawa mereka diseksa ketika dalam tahanan.
01:18Pihak berkuasa Israel menegaskan semua tindakan yang diambil adalah mengikut undang-undang.
01:22Kerajaan Sepanyol dan Brazil pula menyifatkan penahanan itu sebagai tidak sah.
Comments

Recommended