Skip to playerSkip to main content
Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka pada Selasa atas pertuduhan mencuri beberapa pakaian termasuk bra di sebuah butik terkenal, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Aidil Mustaqim Zulkifeli, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779488/berita/semasa/mekanik-tidak-mengaku-curi-bra

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #curi
Transcript
00:00Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Melaka pada Selasa atas pertuduhan mencuri beberapa pakaian, termasuk bra, di sebuah
00:09butik terkenal minggu lalu.
00:10Mengikut pertuduhan, Muhammad Aidil Mustaqim Zulkifli, 21 tahun, didakwa mencuri sembilan barangan milik sebuah butik pakaian di Pusat Beli Belah
00:20Aeon, Jalan Lagenda, Taman Lagenda, dalam daerah Melaka Tengah, sekitar jam 7.50 malam ahad lalu.
00:27Antara barangan yang didakwa dicuri ialah beberapa helai baju tila lelaki, pakaian wanita, bra, seluar pendek dan gaun dengan jumlah
00:35keseluruhan kerugian RM491.
00:39Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
00:48Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, pesalah juga boleh dikenakan sebatan.
00:53Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Muhammad Mawardi Zainuddin yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya memberi kerjasama
01:03baik sepanjang siasatan.
01:05Menurutnya, tertuduh yang bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan RM1,500 sebulan turut menangguh ibunya yang mengidap barah otak.
01:13Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun depan sebagai tarikh sebutan
01:23semula kes.
Comments

Recommended