Skip to playerSkip to main content
Penceramah, Fathi Na’im dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, atas satu pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun, di sebuah hotel lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim, Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Fathi Na’im atau nama sebenarnya, Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 34.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779487/berita/semasa/fathi-naim-dibebaskan-kes-rogol-remaja-perempuan-14-tahun-di-hotel

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah #FathiNa’imbebastuduhan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pencerama Fatih Naim dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesien Kuala Lumpur pada Selasa atas satu pertuduhan merogoh remaja perempuan berusia
00:0814 tahun di sebuah hotel lima tahun lalu.
00:12Hakim Tasnim Agubakar memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendawaan gagal membuktikan kes primafasi terhadap Fatih Naim atau nama sebenarnya Muhammad
00:21Fatih Naim Mazlam, 34 tahun.
00:23Beliau berkata, Mahkamah membuat keputusan selepas mendengar, meneliti dan mempertimbangkan keterangan saksi-saksi pendawaan termasuk hujahan semua pihak.
00:33Menurutnya, semasa mangsa disoal balas, Mahkamah telah membenarkan permohonan peguam tertuduh untuk memulakan proseding bagi mencabar kredibiliti mangsa.
00:42Hakim berkata, Mahkamah kemudian mendapati keterangan mangsa yang juga saksi pendawaan ketiga, SP3, tidak dapat dikategorikan sebagai boleh dipercayai atau
00:51meyakinkan.
00:53Jelasnya, permohonan pihak pembelaan dibuat selepas mendapati terdapat percanggahan dalam jawapan mangsa semasa pemeriksaan utama ketika perbicaraan di Mahkamah Session
01:01Klang bagi pertuduhan kesalahan sama.
01:04Kata Hakim, pihak pendawaan gagal mewujudkan kes primafasi terhadap pertuduhan pindaan dalam kes ini, maka tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada
01:12kes ini tanpa perlu dipanggil membela diri.
01:16Lelaki itu didakwa pada 1 Disember 2022 atas satu pertuduhan meronggol seorang remaja perempuan ketika kejadian berusia 14 tahun di
01:23sebuah hotel di Jalan Imbi, Bukit Bintang, pada jam 2 hingga 10 pagi pada 3 Disember 2021.
01:30Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 375 Kurungan G Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 Kurungan 1 Kanun Sama.
01:37Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended