00:00Bertemu kembali dan seperti biasa kami akan terus memberikan fokus kepada konflik di Asia Barat dan pastinya untuk waktu dan
00:07jam ini Ashraf Malik sedia dengan laporan berkenaan krisis tersebut dan hari ini memfokuskan kepada perkembangan pelan damai dan harga
00:14terbaru minyak mentah dunia. Mungkin Ashraf boleh teruskan Ashraf.
00:17Baik, terima kasih rakan setugas Ashraf Kuih. Jadi pada waktu ini, ini adalah perkembangan yang dapat saya bawakan mengenai konflik
00:24di Asia Barat. Donald Trump menuduh Iran memperdaya AS dan dunia selama berdekad-dekad lamanya.
00:33Menurut Presiden AS ke-47 itu, kepimpinan Barack Obama sebelum ini melaksanakan dasar yang terlalu memihak kepada Tehran.
00:44Antaranya pemindahan aliran dana kepada Iran yang didakwa mencecah berbilion-bilion dolar Amerika.
00:51Begitulah perangai Trump. Dirinya sahaja yang betul. Macam Zionis.
00:58Trump menerusi hantaran di platform Truth Social pada ahad mendakwa dasar kepimpinan Obama menyebabkan Iran naik lemak sehingga berani mencabul
01:07kedaulatan Amerika Syarikat.
01:09Trump memberi amaran. Perkara sedemikian tidak akan dibiar berulang kerana kini pasti ada tindak balas yang lebih tegas menanti.
01:18Dalam perkembangan sama, Trump menolak syarat baharu dikemukakan Iran untuk menamatkan perang di rantau Asia Barat.
01:26Trump turut menyifatkan respons Tehran tidak boleh diterima sama sekali.
01:30Kemuntuan itu meningkatkan kemungkinan konflik baharu timbul selepas beberapa minggu rundingan berlangsung.
Comments