00:00Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas bagi merangka penyelesaian jangka panjang yang lebih komprehensif bagi menangani
00:09isu palauh atau golongan tanpa negara stateless di negeri ini.
00:14Langkah itu dilihat perlu memandangkan masalah perkenaan terus berulang meskipun pelbagai usaha telah dilaksanakan sebelum ini termasuk penyediaan rumah pelindungan
00:23dan tindakan penguatkuasaan.
00:26Pembantu Menteri Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata pendekatan sedia ada termasuk tindakan tangkap dan lepas
00:36masih belum mampu menyelesaikan isu itu secara menyeluruh.
00:40Beliau berkata isu berkenaan perlu ditangani di peringkat dasar memandangkan Sabah berdepan cabaran berterusan berkaitan komuniti tersebut yang tidak mempunyai
00:49dokumen dan terdedah kepada pelbagai bentuk eksplotasi.
00:55cerita sendiri dalam depan kementerian yang kita perlu ada satu langkah holistik untuk menangani isu dia pada bulan kerana ini
01:02bukan sahaja melibatkan anak-anak yang tanpa dokumen tapi juga memberi impak sosial kepada anak-anak warga negara kita.
01:08Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Sukarneka Tabika Perpaduan di Dewan Bitara Sekolah Kebangsaan Bahagia di Tawau.
01:16Menurutnya jawatan kuasa khas yang dicadangkan itu akan meneliti pendekatan terbaik bagi menguruskan isu kanak-kanak tanpa dokumen secara lebih
01:25komprehensif termasuk aspek pelindungan, penempatan dan masa depan mereka.
01:30Jelas Rina isu kanak-kanak tanpa negara dan dokumen bukan hanya terdapat di Sabah.
01:36Sebaliknya merupakan cabaran yang turut dihadapi di pelbagai negara khususnya di kawasan berhampiran sempadan antarabangsa.
01:43Terima kasih kerana menonton!
Comments