00:00Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam kenyataan berasingan berkata melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga dan cara yang sama
00:08di seluruh negara.
00:09Tegasnya, subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia melalui pengesahan MyCard.
00:16Manakala bukan warga negara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi.
00:22Kementerian itu menambah ketika ini, diesel masih dijual pada harga runcit bersubsidi RM2.15 seliter di semua stesen minyak di
00:30Sabah dan Sarawak berbanding harga runcit tanpa subsidi sebanyak RM4.37 seliter di semenanjung Malaysia.
00:38Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel itu akan diumumkan Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada
00:46Isnin.
Comments