00:00Kemeriahan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia Maha 2026
00:07mula dirasai menerusi program Road to Maha 2026 RTM Zon Tengah
00:13yang berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran Kelang Selangor.
00:17Program yang dirasmikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu itu
00:22merupakan sebahagian daripada siri jelajah promosi Maha 2026
00:27yang bakal berlangsung di Maib Serdang dari 28 Ogos hingga 6 September tahun ini.
00:33Muhammad berkata Road to Maha menjadi platform penting untuk mendekatkan agenda pembangunan sektor agromakanan kepada rakyat
00:41selain mempromosikan pelbagai tarikan yang bakal diketengahkan pada Maha 2026.
00:47Menurut beliau, antara fokus yang semakin mendapat perhatian ialah agro pelancongan
00:51yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk melihat sendiri aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan.
00:58Yang meningkat sekarang ini agro turism, di mana pelancongan yang bercorak berasakan pertanian ini sedang mendapat sambutan.
01:07Kalau kita lihat di tengah-tengah sawah padi, sekarang ini ada diangkat buat satu tempat tinggi untuk minum kopi.
01:15Dan ramai orang penggemar untuk bawa anak isteri, keluarga pergi minum kopi di tempat seperti itu
01:21kerana mereka nak merasai bagaimana beras yang makan itu dibuat, ditanam dan dihasilkan.
01:28Begitu juga dalam kebundurian, dalam tempat aquaculture, agro turism menjadi agak popular sekarang ini.
01:37Dan Maha akan memainkan peranan mendorong supaya agro turism ini dapat dipertinggalkan.
01:43Bagi Zon Tengah, program itu menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung dengan nilai jualan RM600,000
01:49dengan penyataan kira-kira 80 usahawan agromakanan.
01:53Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk Pavilion Maha 2026, Kingdom of Agro Food,
01:59jualan agromadani, food fiesta, laman ternakan serta pameran produk dan perkhidmatan agromakanan.
02:06Sementara itu, Ketua Sekretariat Maha, Datuk Dr. Muhammad Hanif Hassan berkata,
02:10siri Road to Maha diadakan bagi memastikan mesej dan kemeriahan Maha dapat dirasai lebih awal oleh rakyat di seluruh negara.
02:18Jadi tujuan kita buat Road to Maha ni adalah sebagai satu roadshow atau showcasing untuk kita war-war kan
02:28supaya berlaku satu selective retention, kesedaran kepada rakyat Malaysia.
02:34Dan setakat ini, kita dah mengadakan Road to Maha di Zon Utara di Alustar.
02:40Zon Selatan di Melaka, kita dah adakan di Kota Kinaburu Sabah dan Zon Tengah hari ini
02:45di Pandemaran Parlimen Kota Raja Kelang.
02:49Dan insyaAllah kita akan adakan di Mini Maha di Labuan, selanjutnya penutup Road to Maha di Kota Baru, Kelantan.
02:58Dan kita yakin dan pasti ramai rakyat Malaysia nak melibatkan diri,
03:02kalau mereka tidak dapat sepenuhnya, at least dengan Road to Maha ini dia akan memberi sedikit sebanyak
03:07apa nama itu spillover efek untuk di merasai keberadaan Maha.
03:12Pada majlis sama, Muhammad turut melancarkan laman web rasmi Maha,
03:16memperkenalkan maskot Cik Lah dan Cik Yam,
03:19serta menyampaikan 4.4 juta ringgit insentif dan bantuan kepada 215 usahawan agro-makanan di Zon Tengah.
03:26Mengangkat tema penciptaan nilai demi keterjaminan makanan,
03:31Maha 2026 dijangka menghimpunkan teknologi pertanian modern, inovasi, peluang pelaburan
03:36dan kerjasama industri dengan sasaran nilai MOU 8 bilion ringgit
03:41serta jualan langsung 58 juta ringgit.