00:00Polis menutup lima zon di kawasan bencana ribut di sekitar Bercam dan mengekang pergerakan keluar masuk bagi menjamin keselamatan serta
00:08harta benda penduduk terjejas.
00:10Ketua Polis Daerah Ipoh SCP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya mengetatkan kawalan terutama pada waktu malam berikutan beberapa kawasan terjejas
00:20masih tiada bekalan elektrik.
00:23Pihak Polis dalam masa sama memberi kelonggaran terhadap penduduk yang perlu kembali ke kediaman masing-masing bagi urusan pembersihan.
00:32Jelasnya pergerakan keluar masuk akan dipantau bagi memastikan tiada kejadian pecah rumah atau kecurian berlaku di kawasan bencana.
00:40Setakat 8 pagi, polis menerima 492 laporan berhubung kejadian ribut melalui operasi op bencana dan tiada had masa ditetapkan untuk
00:50mangsa membuat laporan.
00:52Pihak berkuasa juga masih menyiasat nilai kerugian sebenar yang dialami penduduk terjejas.
00:58Kejadian ribut tersebut menjejaskan lebih 200 buah rumah di beberapa kawasan termasuk Anjung Bercam Utara, Taman Mujur dan Kampung Bercam.
01:07Pihak berkuasa menyifatkan kejadian itu berkemungkinan berkaitan fenomena berlalai darat.
Comments