Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Usahawan tani di Sabah disaran supaya menguasai teknologi digital dan memanfaatkan platform media sosial bagi memperluas pasaran produk pertanian serta meningkatkan daya saing dalam era ekonomi digital.
Transcript
00:00Usahawan tani di Sabah disaran supaya menguasai teknologi digital dan memanfaatkan platform media sosial
00:06bagi memperluaskan pasaran produk pertanian serta meningkatkan daya saing dalam era ekonomi digital.
00:13Menteri Pembangunan Belia Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata,
00:17ekonomi gig membuka peluang lebih luas kepada petani untuk memasarkan hasil secara terus kepada pengguna
00:23tanpa bergantung sepenuhnya kepada kaedah konvensional.
00:28Menurut beliau, penguasaan teknologi digital bukan sahaja mampu meningkatkan nilai produk,
00:33malah membantu memperluaskan rangkaian pelanggan serta memperkenalkan hasil pertanian tempatan ke pasaran lebih luas.
00:41Nizam berkata penggunaan teknologi dan media sosial juga mampu menarik minat golongan muda
00:46untuk mencuburi sektor pertanian yang kini semakin berkembang dan berpotensi tinggi.
00:51Kita berharap agar usahawan-usahawan atau petani-petani yang berkaitan dapat memperkasakan
00:58pengetahuan mereka dalam bidang digital ini supaya mereka dapat menggunapakai kemudahan-kemudahan ini
01:06dan dapat menjadi orang bilang pengaruh atau influencer untuk memasarkan produk-produk mereka
01:14dan memperkenalkan lagi kawasan ini sebagai tempat untuk orang ramai mendapatkan hasil-hasil pertanian yang ada di Tawau ini.
01:24Beliau berkata demikian ketika merasmikan Gerai Jualan Taman Kekal Pengeluaran Makanan TKPM Tawau
01:30di Batu 13, Jalan Apas Tawau pada Ahad.
01:33Beliau turut mencadangkan TKPM Tawau berpotensi dibangunkan sebagai destinasi agro pelancongan
01:40yang mampu menarik pelawat dalam dan luar negara.
01:43Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Pertanian Sabah mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Tawau MPT
01:50bagi meneroka peluang mempromosikan kawasan tersebut sebagai produk pelancongan baharu di daerah ini.
Comments

Recommended