Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian tidak wujud yang menyasarkan warga Korea susulan penahanan 28 warga asing termasuk dua wanita dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bandar Sri Indah, di Tawau.
Transcript
00:00Polis berjaya menempaskan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian tidak wujud yang menyasarkan warga Korea, susunan penahanan 28 warga asing
00:08termasuk 2 wanita dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bandar Seri Indah di Tawau.
00:13Ketua Polis Daerah Tawau, SCP Jasmine Hussein memberitahu, sindiket berkenaan dipercayai memasuki Sabah dan menjalankan aktiviti penipuan tersebut menggunakan beberapa
00:22platform aplikasi komunikasi pesanan segera.
00:25Seramai 27 warga negara Cina dan seorang warga Vietnam ditahan, masing-masing berusia antara 21 hingga 51 tahun.
00:34Lokasi yang diserbu itu dijadikan tempat tinggal, pusat operasi dan latihan bagi menjalankan kegiatan sindiket terbabit.
00:40Polis turut merampas 33 unit telefon bimbit, 3 unit komputer riba dan 2 modem internet dengan jumlah keseluruhan hampasan bernilai
00:48kira-kira RM50,000.
00:49Jasmine berkata, kesemua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Kesiksaan serta direman selama 4 hari bermula
01:00Khamis.
01:01Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti peranan suspek yang ditahan, rangkaian sindiket termasuk jumlah mangsa terlibat dan kerugian yang dialami.
01:09Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan mencurigakan.
01:15Selain mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi keuangan.
Comments

Recommended