Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
ASEAN masih belum bersedia menerima pemimpin Myanmar untuk menghadiri sidang kemuncak dan mesyuarat rasmi blok itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, terdapat permohonan daripada Myanmar agar pemimpin politik negara itu dibenarkan menghadiri mesyuarat ASEAN, namun ia belum dipersetujui oleh menteri-menteri luar ASEAN.
Transcript
00:00Baik, ASEAN masih belum bersedia menerima kehadiran pemimpin Myanmar dalam mesyuarat dan sinang kemuncak blok itu.
00:06Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata, terdapat permohonan daripada Myanmar agar pemimpin mereka dibenarkan hadir, namun ia belum dipersetujui
00:14oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN.
00:18Ada saranan, ada permohonan daripada pihak Myanmar supaya pemimpin politik mereka, pemimpin mereka boleh menghadiri mesyuarat ASEAN.
00:29Tapi di peringkat Menteri-Menteri Luar, kita belum lagi bersedia untuk kita dapat menerima pakai permohonan mereka.
00:39Tetapi kita akan terus mengadakan engagement supaya mereka itu terus berhubung dan kita membuka saluran perhubungan antara mereka supaya kita
00:51dapat lihat perkembangan yang berlaku di negara tersebut.
00:56Jika kita tak ada perhubungan itu juga, susah juga kita nanti kan. Jadi kita nak supaya sentiasa berhubung tetapi secara
01:03tidak resmi.
Comments

Recommended