Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026–2030 perlu menjadi jambatan antara dasar yang dirangka kerajaan dengan realiti kehidupan rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kira-kira 27 laporan buli saiber diterima setiap hari, mankala lebih 7,000 kes keganasan dan gangguan seksual melibatkan kanak
00:08-kanak direkodkan sejak 2021.
00:10Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi berkata situasi itu membuktikan keselamatan sosial tidak lagi hanya bermula di rumah
00:18dan sekolah tetapi juga di ruang digital yang digunakan masyarakat setiap masa.
00:24Sehubungan itu, Ahmad Zaid menegaskan pelan tindakan dasar sosial negara PTDSN 2026-2030 perlu menjadi jambatan antara dasar yang dirangka
00:34kerajaan dengan realiti kehidupan rakyat.
00:37Sebab itu, kesejahteraan sosial tidak boleh dilihat hanya sebagai isu bantuan atau isu kebajikan.
00:47Ia adalah soal keselamatan rakyat. Ia adalah soal ketahanan keluarga. Dan sesebuah negara tidak boleh hanya dinilai pada kekuatan ekonomi
01:01walaupun ada isu keberat ekonomi di sini.
01:04Tetapi keupayaan untuk kita memastikan seseorang rakyat berasa dirinya dilindungi di negaranya sendiri.
01:14Ahmad Zaid berkata pelan tindakan itu diwujudkan bagi menerjemahkan dasar sosial negara DSN 2030 kepada gerakan yang lebih tersusun dan
01:24berkesan dalam menangani cabaran sosial semasa.
01:27Pelan tindakan itu mengandungi 102 inisiatif yang berpaksikan empat tumpuan utama iaitu pencegahan, pemerkasaan, promosi dan perlindungan.
01:36Menyentuh isu kesihatan mental pula, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 menunjukkan hampir 1 juta orang dewasa di Malaysia mengalami
01:45kemurungan,
01:46manakala 1 daripada 6 kanak-kanak berdepan masalah kesihatan mental.
01:51Selain itu, hampir 15,000 laporan berkaitan eksploitasi dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak turut direkodkan sekaligus menjadi peringatan bahawa
01:59ancaman sosial masa kini boleh memasuki ruang keluarga tanpa disedari.
Comments

Recommended