00:00Pilihan raya negeri Tamil Nadu dan Bengal Barat di India pada hujung minggu menghasilkan keputusan yang mengejut sekaligus mengemparkan lanskap
00:08politik negara itu.
00:09Keputusan paling tidak dijangka datang dari Tamil Nadu apabila Joseph Vijay, calon bukan pilihan tetapi popular sebagai ikon film,
00:17memimpin parti pimpinannya Tamil Agar Vettri Kalagam, TVK dan meraih kemenangan dan menewaskan parti pemerintah Dravida Munitra Kalagam, DMK.
00:31Lebih dikenali sebagai Vijay atau Talapati, beliau sebelum ini tidak dilihat sebagai ancaman politik sama ada kepada DMK atau All
00:38India Ana Dravida Munitra Kalagam,
00:42AIA-DMK, dua parti yang memerintah Tamil Nadu selama lebih enam dekad.
00:46TVK memperoleh 108 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 234 kerusi, diikuti DMK dengan 59 kerusi dan AIA-MK
00:55sebanyak 47 kerusi,
00:57manakala selebihnya dimenangi parti lain menurut jumlah kerusi di laman sesawang seranjaya pilihan raya.
01:02Vijay dijangka memimpin negeri itu sebagai ketua menteri walaupun parti yang dituguhkan pada 2024 itu gagal memperoleh 118 kerusi yang
01:09diperlukan untuk membentuk kerajaan majoriti secara bersendirian.
01:13Beliau yang pernah membintangi hampir 70 film bukan nama asing dalam dunia hiburan Tamil Nadu.
01:19Popularitinya yang luar biasa kini diterjemahkan ke dalam kekuatan politik menjadikan beliau antara tokoh paling berpengaruh dalam pilihan raya kali
01:26ini.
01:27Penganalisis menyamakan kebangkitannya dengan legenda film terdahulu seperti MG Ramachandran atau MGR yang pernah menjadi ketua menteri Tamil Nadu selepas
01:34menubuhkan parti sendiri.
01:36Menurut penganalisis sosial, kehadiran Vijay membawa gaya baharu dalam politik Tamil Nadu menggabungkan elemen popularity, emosi dan imej mesra rakyat
01:44yang kuat dalam kalangan pengundi muda.
01:46Laporan analisis menunjukkan sokongan kuat terhadap TVK datang daripada golongan muda berusia 18 hingga 39 tahun serta pengundi wanita.
Comments