00:00Seorang remaja lelaki 19 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Kuching pada Rabu atas pertuduhan memandu secara melulu
00:08hingga menyebabkan kematian seorang penunggang basikal dalam kes langgar lari di jalan Stutong awal Mei lalu.
00:16Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Magistret Nur Syahika Nazwa Razali.
00:25Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian
00:35serta Seksyen 52-2 Akta Sama kerana gagal melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam.
00:43Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan dua penjamin tempatan.
00:48Tertuduh teruk dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di Balai Polis Simpang 3 sebulan sekali sehingga kes selesai.
00:56Kes dikendalikan timbalan pedakwa raya Muhammad Filani bin Siji manakala tertuduh diwakili Peguam Daniel Ling.
01:03Mahkamah menetapkan 23 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes.
01:08Dalam kejadian 1 Mei lalu, mangsa lelaki berusia 56 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas
01:16dilanggar sebuah kenderaan.
01:18Pemandu kenderaan itu dilaporkan melarikan diri sejurus lepas insiden berlaku.
Comments