00:00Kerajaan dijangka mengetatkan syarat kemasukan kenderaan elektrik import sepenuhnya atau CBU bermula 1 Julai 2026 menerusi ketetapan baharu oleh Kementerian
00:10Pelaburan, Perdagangan dan Industri Miti.
00:13Memetik laporan Dagang News, langkah itu dijangka memberi kesan ketara kepada pasaran apabila harga runcit EV import berpotensi meningkat sehingga
00:22RM300,000 sekaligus menyebabkan banyak model kategori pertengahan tidak lagi ditawarkan di Malaysia.
00:30Antara syarat baharu yang ditetapkan ialah semua EV CBU perlu mempunyai nilai kos, insurans dan tambang atau CIF minimum RM200
00:39,000 selain kuasa sekurang-kurangnya 180 kW bersamaan kira-kira 241 kuasa kuda.
00:47Peraturan ini menggantikan syarat terdahulu yang menetapkan harga jualan minimum RM250,000 dan output kuasa 200 kW.
00:55Namun pakar industri menjelaskan penggunaan nilai CIF sebenarnya meningkatkan kos keseluruhan kenderaan.
01:02Sebagai contoh, EV dengan CIF RM200,000 akan dikenakan duti import, duti eksais dan cukai jualan sekaligus menaikkan kos kepada
01:12pengedar sekitar RM250,000 sebelum marjin pengeluar dan pengedar ditambah.
01:17Apabila marjin sekitar 20% diambil kira harga runcit disyorkan di pasaran boleh mencecah sekurang-kurangnya RM300,000 sekaligus mengecilkan
01:26segmen EV import kepada model premium sahaja.
01:29Penganalisis turut berpandangan, peraturan baru ini bertujuan menstruktur semula pasaran EV tempatan ke arah segmen bernilai tinggi.
01:37Namun berisiko mengehadkan pilihan pengguna dalam kategori harga sederhana.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments