Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Datuk Fahmi Fadzil berkata pendekatan ini memberi lebih banyak pilihan tontonan kepada peminat bola sepak tempatan, selain memastikan akses kandungan sukan premium tidak terhad kepada pelanggan platform tertentu sahaja.
Transcript
00:00Radio Televisyen Malaysia, RTM dan Unify TV diumumkan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia.
00:07Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil berkata pelantikan kedua-dua penyiar tersebut membuka akses lebih luas kepada rakyat untuk menikmati liputan
00:15temasha bola sepak berprestij itu secara inklusif, sah dan menyeluruh.
00:22Kerajaan telah memutuskan supaya usaha sama dengan sektor swasta dijalin untuk memastikan penyiaran berkualiti tinggi serta sasaran capaian yang meluas.
00:34Peminat bola sepak boleh mengikuti kejohanan Piala Dunia 2026 melalui siaran percuma free-to-air di MyTV selain platform OTT
00:43RTM Click dan Unify TV.
00:45Kesemua 104 pelawanan sepanjang kejohanan itu akan disiarkan secara langsung di Unify TV, manakala RTM pula akan menyiarkan sebagian besar
00:56pelawanan sama ada secara langsung atau tertunda.
01:00Pendekatan ini memberi lebih banyak pilihan tontonan kepada peminat bola sepak tempatan.
Comments

Recommended