00:00Harga minyak sawit mentah kini berada pada sekitar RM4,280 satu tan, namun prestasi segmen huluan syarikat peladangan dijangka lebih
00:10lemah pada suku pertama 2026, susulan kebimbangan terhadap pengeluaran yang lebih rendah.
00:15Menurut Hong Leong Investment Bank Research, faktor bermusim dengan hasil yang rendah serta harga produk sawit yang sedikit lemah berkemungkinan
00:24menyebabkan prestasi huluan merosot berbanding suku sebelumnya.
00:30Namun begitu firma penyelidikan itu menjangkakan keputusan keseluruhan syarikat peladangan masih sejajar unjuran, disokong oleh sentimen harga minyak sawit yang
00:40semakin stabil dan bertambah baik.
00:42Bagi segmen hiliran pula, prestasi dijangka bertambah baik secara suku ke suku didorong oleh jurang, cukai ekspor dan levy yang
00:50semakin kecil antara Malaysia dan Indonesia serta harga isi rong sawit yang lebih rendah walaupun lebihan kapasiti kekal mencabar.
00:57Pada masa sama, pendapatan huluan dijangka menurun secara tahunan pada suku pertama tahun 2026 akibat kos pengeluaran yang meningkat, khususnya
01:06kenaikan harga baja, disamping tren pengeluaran tandan buah segar yang tidak seimbang.
01:10Walaupun pengeluaran tandan buah segar Malaysia meningkat lebih 11%, beberapa syarikat mencatatkan penurunan berikutan faktor cuaca buruk di Indonesia yang
01:20menjejaskan aktiviti penuaian dan pengangkutan hasil.
01:23Sementara itu, BIMB Research berkata pelaksanaan mandat biodiesel B15 bermula 1 Jun ini menandakan peralihan kepada fasa pelaksanaan penuh dan
01:33dijangka menyokong permintaan domestik minyak sawit.
Comments