Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Dua pelajar Tingkatan Empat MRSM Alor Gajah, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad dilaporkan hilang sejak 11 Ogos.
Transcript
00:00Pengelusi Majlis Amanah Rakyat Mara, Datuk Dr. Ashraf Wajdi Dizuki memohon orang ramai
00:06mendoakan keselamatan dua pelajar perempuan maktab rendah sains mara MRSM Alugajah
00:11yang terperkenalkan hilang sejak selasa lalu.
00:14Menerusi hantaran di TRETS pada Jumat, beliau berharap Siti Nuraira Aidi dan Nur Aish Humaira Muhammad Sa'ad
00:21dapat ditemukan serta kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.
00:27Sementara itu, Ketua Polis Dairah Logajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata
00:31pihaknya menerima laporan daripada seorang guru berhubung kehilangan kedua-dua pelajar
00:36tingkatan empat berusia 16 tahun itu pada 10.46 malam 11 Ogos lalu.
00:41Meneruknya, Siti Nuraira berketinggian 157 cm, mempunyai berat 50 kg dan beralamat
00:48di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.
00:50Nur Aishah Humaira pula mempunyai ketinggian dan berat yang sama
00:53serta beralamat di Bukit Sentos, Sarawang, Selangor.
00:57Berdasarkan poster mengenai kehilangan mereka yang tular,
01:00kedua-dua pelajar berkenaan dilaporkan kali terakhir dilihat di Terminal Bersepadu Selatan TBS Kuala Lumpur.
01:06Siti Nuraira dilaporkan kali terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam,
01:11remaja itu mempunyai kulit cerah sederhana atau kacukan, berbadang kurus serta tinggi.
01:16Nur Aishah Humaira pula dilaporkan kali terakhir dilihat berpakaian gelap.
01:20Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan kedua-dua pelajar itu
01:24boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Syarul Izzuan Mohd Sufian
01:27di talian 017-818-0106
01:31atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.
Comments

Recommended