Skip to playerSkip to main content
Jemaah haji dari seluruh dunia kini mula memasuki Kota Suci Mekah apabila pergerakan menuju kemuncak ibadah haji semakin rancak. Ketibaan jemaah haji diselaras rapi oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan kelancaran, keselamatan serta kebajikan jemaah sepanjang musim haji tahun ini.

#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026


Transcript
00:00Jemaah haji dari seluruh dunia kini mula memasuki kota suci Mekah apabila pergerakan menuju kemuncak ibadah haji semakin rancak.
00:09Ketibaan jemaah haji diselaras rapi oleh pihak perkuasa Arab Saudi bagi memastikan kelancaran, keselamatan serta kebajikan jemaah sepanjang musim haji
00:19tahun ini.
00:20Laporan lanjut terus sahaja bersama Hilal Azmi dari Mekah Al-Mukaramah.
00:27Terima kasih rakyat tugas di pusat penyiaran Asia. Saya dan Ehsan Yaya masih lagi berada di Mekah dan kami masih
00:33lagi berada di Hotel Abraj Al-Taisir.
00:36Yang mana hari ini kita dapat melihat lebih 15,000 rakyat Malaysia ataupun jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di
00:44bumi Mekah dan Madinah.
00:45Dan mana dari Madinah pun sedang dalam perjalanan ke Mekah dan ini adalah antara jemaah haji Malaysia yang telah selamat
00:52sampai dari Madinah untuk teruskan perjalanan haji mereka.
00:57Dan biasanya seperti biasa setiap hari mereka yang baru sampai mereka ini akan terus dibawa ke hotel dan kemudian ini
01:04adalah contoh petugas-petugas yang ada dekat Hotel Abraj Al-Taisir ini.
01:10Dan yang mana mereka ini akan membantu jemaah-jemaah haji Malaysia kita untuk mengangkat beg mereka. Ini adalah antara petugas
01:18-petugas yang ada dekat sini.
01:21Tetapi antara fakta lain yang terus sama saya nak kongsikan kepada anda semua.
01:24Sebentar tadi pagi tadi saya dengan Ehsan sempat juga lah berada di Masjidil Haram.
01:29Yang mana kita mula melihat ramai lagi jemaah-jemaah haji dari seluruh dunia.
01:34Mula tiba di Mekah Al-Mukarramah ini dan mereka kalau kita tengok ada pelbagai warna.
01:41Sebab apa? Mereka ini ada pelbagai cara.
01:43Pihak pengelola haji mereka ramai menggunakan gaya dan juga cara yang tersendiri untuk menguruskan jemaah haji mereka.
01:52Ada yang pakai color color biru, ada yang pakai color color pink dan ada juga yang pakai beg.
01:58Jadi bergantung kepada negara-negara dan juga syarikat-syarikat pengelola yang ada.
02:02Jadi ini kita dapat lihat di Masjidil Haram.
02:06Dan apa yang boleh saya katakan juga sepanjang hari ini juga sebenarnya kita juga akan menantikan lebih banyak ketibaan-ketibaan
02:13jemaah haji Malaysia
02:14dan ketibaan jemaah haji dari seluruh dunia untuk sama-sama berada di Kota Suci Mekah Al-Mukarramah ini untuk mengerjakan
02:22haji mereka.
02:23Dan saya rasa itu antara perkembangan yang kami ada dulu untuk setakat ini pada hari ini.
02:27Saya dan Isan Yaya akan terus membawakan perkembangan dari masa ke masa berkenaan dengan perkembangan Jemaah Haji Malaysia
02:34dan juga bagaimana operasi haji yang ada di Mekah Al-Mukarramah ini.
02:40Sekian dulu laporan saya dan Isan Yaya dari Mekah Al-Mukarramah untuk Esra Awani.
Comments

Recommended