00:00Israel melancarkan serangan udara di Beirut pada Rabu sekaligus menjadi serangan pertama ke atas ibu negara Lubnan itu sejak kedua
00:08-dua pihak bersetuju melaksanakan kencatan senjata dengan Hezbollah bulan lalu.
00:12Menurut Israel, serangan itu menyasarkan seorang komanda pasukan elit Radwan milik Hezbollah di kawasan pinggir selatan Beirut.
00:21Media Israel melaporkan komanda terbabit terbunuh dalam serangan berkenaan namun setakat ini tiada pengesahan rasmi dikeluarkan sama ada oleh tentera
00:29Israel mahupun Hezbollah.
00:31Rakaman video ini seakan menunjukkan orang ramai berkumpul di sekitar sebuah bangunan yang rosak teruk, mereka serpihan bangunan bertaburan di
00:38atas jalan raya susulan serangan tersebut.
00:40Gencatan senjata di Lubnan sebelum ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas bagi meredakan ketegangan antara AS dan Iran
00:48dengan penghentian serangan Israel di Lubnan menjadi antara tuntutan utama Teheran.
00:53Bagaimanapun ketika Iran dan AS dilaporkan semakin hampir mencapai perjanjian bagi menghentikan konflik antara kedua negara, serangan terbaru itu berpotensi
01:02menggugat kestabilan gencatan senjata yang dicapai sebelum ini.
01:07Walaupun serangan ke atas Beirut dihentikan sebelum ini, tentera Israel dilaporkan masih berada di beberapa kawasan di selatan Sungai Litani
01:14dan serangan udara terus dilancarkan di selatan Lubnan.
01:17Sebagai tindak balas, Hezbollah dilaporkan melepaskan tembakan dan melancarkan drone bersenjata ke arah tentera Israel.
01:24Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengumumkan serangan tersebut berlaku pada 6 Mei.
Comments