Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk sesi akademik 2026/2027 akan diumumkan pada 22 Mei ini.
Transcript
00:00Seterusnya, keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Awam IPTA dan Mara Bahagian Pendidikan Tinggi Mara BPT
00:09bagi lepasan sijil pelajaran Malaysia SPM untuk sesi akademik 2026-2027 akan diumumkan pada 22 Mei ini.
00:17Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan pada kami semalumkan, keputusan bagi peningkat sijil, asasi dan diploma itu boleh disemak mulai jam
00:2412.30 pada tarikh berkenaan sehingga 31 Mei jam 5 petang.
00:30Semakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal UPU Online selain melalui aplikasi mudah alih UPU Pocket dan MyGOV.
00:38Pengesahan setuju terima tawaran pula bermula dari 23 hingga 31 Mei 2026 menerusi laman web UA, IPTA dan Mara BPT.
00:47Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada calon berjaya mulai 23 Mei selepas pengesahan setuju terima dibuat dalam tempoh ditetapkan.
00:55KPT turut memaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya atau menerima tawaran pengajian peringkat sijil sahaja dibenarkan mengemukakan rayuan melalui sistem
01:04UPU Online dalam tempoh 10 hari bermula 22 Mei hingga 31 Mei ini.
01:10Menurut kementerian itu, rayuan ke kolej komuniti pula boleh dibuat terus kepada institusi terbabit tanpa melalui sistem UPU Online.
01:17KPT menegaskan tawaran tempat bagi sesi akademik 2026-2027 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian UA, IPTA dan
01:27Mara BPT tidak dibenarkan.
01:30Dasar pemilihan rayuan pula tertakluk kepada kekosongan tempat selepas proses pendaftaran pelajar baru selesai dilaksanakan.
01:37Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan UPU Online boleh diajukan kepada bahagian kemasukan pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi di Putrajaya,
01:46menerusi talian 03-8684-2363 atau email upu at mohe.gov.my.
01:55Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended