00:00Iran menegaskan kawalan sepenuhnya ke atas selat hormus sambil memberi amaran keras terhadap sebarang kehadiran tentera asing.
00:09Jurucakap jawatan kuasa keselamatan negara dan dasar luar parlimen Iran, Ibrahim Razai berkata,
00:15sebarang pembukaan semula laluan itu perlu mengiktiraf peranan dan kawalan dari Iran.
00:21Beliau menegaskan Amerika Syarikat perlu memilih sama ada untuk mencapai persetujuan atau berdepan risiko konflik lebih besar.
00:30Langkah itu menyusul selepas Amerika Syarikat mengumumkan rancangan untuk mengiringi kapal keluar dari laluan strategik tersebut.
00:38Namun Iran menegaskan tindakan itu tidak boleh diterima dan memberi amaran akan bertindak tegas terhadap sebarang pencabaran.
00:46Komanda Kanan Tentera Ilan Ali Abdullah Hi berkata pihaknya bersedia menyerang mana-mana pasukan asing yang cuba memasuki kawasan tersebut.
00:56Sementara itu, Korp Pegawai Revolusi Islam memaklumkan tiada perubahan dalam prosedur pengurusan selat hormus dan menegaskan tindakan tegas akan diambil
01:05terhadap sebarang pelanggaran.
01:07Ketegangan terkini meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan laluan tenaga utama dunia serta risiko konflik lebih luas di rantau itu.
Comments