Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Penemuan pelbagai artifak terpelihara di Gua Dagang, Niah memberi bukti penting tentang kehidupan Homo erectus dan mencetus pemahaman baharu terhadap evolusi manusia, termasuk isu penggunaan api sebelum kemunculan Homo Sapiens

Transcript
00:08Bukan sahaja sebatang gigi yang dipercayai milik spesies manusia Homo erectus, penemuan pelbagai artefak lain di gua dagang niah miri
00:17memberi input baru terhadap teori evolusi yang digagaskan oleh Charles Darwin sekitar 170 tahun yang lalu.
00:24Pakar Arkeologi Sydney Western University, Prof. Madia Dr. Darren Kernow berkata, semua artefak ini berada dalam keadaan yang begitu baik
00:32dan berkualiti dan mempermudahkan pasukan penyelidik melakukan hipotesis yang jelas.
01:10Jelasnya penyelidik dan pakar arkeologi di seluruh dunia sebelum ini bergelut untuk mendapatkan maklumat yang berkualiti kerana penemuan artifak yang
01:19terganggu oleh persekitaran.
01:21Namun ia tidak digua dagang kerana penemuan sisa makanan misalnya memberikan maklumat yang jelas tentang bagaimana manusia pada zaman terakhir,
01:31manusia erectus itu berevolusi sebelum menjadi spesies yang ada sekarang.
02:09Katanya penemuan ini sangat signifikan kerana membuktikan bahawa mungkin hanya spesies kita, Homo sapien, yang pernah membangunkan keupayaan untuk mengawal
02:19api sekurang-kurangnya untuk dunia sebelah sini.
02:23Antara artifak yang ditemui dalam tiga siri eskavasi di Guania bermula pada tahun 2017 ialah cengkerang tiram, tulang penyu, tulang
02:33ikan pari dan tulang buaya.
02:35Dr. Kernio merupakan antara arkeologis terkini yang melakukan eskavasi di Guania dengan fokusnya adalah di kawasan yang dinamakan Gua Dagang.
Comments

Recommended