00:00Amalan berjimat dalam kalangan rakyat kini bukan lagi pilihan dalam menghadapi tekanan kos hari hidup yang berterusan.
00:06Pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan Azraei Muhammad berpandangan,
00:11langkah penjimatan perlu dilaksanakan secara tersusun dengan mengenalpasti punca pembaziran,
00:16menyusun semula belanjawan dan mengawal perbelanjaan tidak perlu.
00:20Kalau dah jimat sehabis-habis jimat sebabkan tiga benda yang kita buat tadi,
00:25mana kata kita dah catat belanja, dah tahu dekat mana bazir,
00:28kemudian kita dah susun balik belanjawan, tak ada dah nak pergi ke tempat-tempat yang bukan-bukan.
00:32Aliran tunai kita dah susun balik tapi tetap juga tidak positif,
00:36maka dekat sini dah datang satu lagi fasa yang kena keluar dari comfort zone,
00:40kena tambah pendapatan.
00:42Suka ke tak suka, tak boleh kita selama-lamanya berharap pada orang di luar untuk membantu kita,
00:49melainkan diri kita saja.
00:50Pada masa sama, beliau berkata peranan kerajaan kekal penting,
00:54khususnya dalam situasi ketidaktentuan ekonomi.
00:57Pengalaman krisis sebelum ini menunjukkan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi
01:01mampu membantu merangsang aktiviti ekonomi selain mengekalkan keyakinan pengguna.
01:06Langkah penyaluran semula bantuan secara bersasar,
01:09termasuk melalui inisiatif seperti program bantuan tunai,
01:13boleh membantu rakyat menampung perbelanjaan keperluan asas.
01:17Pendekatan ini juga berpotensi mengurangkan tekanan kos harian
01:20apabila isi rumah dapat mengoptimumkan perbelanjaan domestik
01:24seperti penyediaan makanan di rumah.
01:26Gabungan antara disiplin kewangan dalam kalangan rakyat
01:30dan sokongan dasar yang komprehensif daripada kerajaan
01:33dilihat sebagai kunci untuk memastikan kestabilan ekonomi
01:37serta meningkatkan jaminan kesejahteraan rakyat dalam jangka masa panjang.
01:41Selamat pagi queremos maaf,
01:43Terima kasih kerana menonton!
Comments