00:00Kada inflasi Malaysia yang kekal sekitar 1.7% tahun ke tahun dilihat masih terkawal dan lebih rendah berbanding kebanyakan
00:09negara ASEAN.
00:10Namun, realiti kos dari hidup yang dirasai rakyat menunjukkan gambaran berbeza.
00:14Menurut pengarah program MBA Putra Business School PBS, Prof. Dr. Ahmad Razman Abdul Latif,
00:21angka inflasi rasmi tidak sepenuhnya mencerminkan tekanan sebenar yang dihadapi pengguna, khususnya apabila melibatkan perbelanjaan harian.
00:30Kita tidak nafikan berlakunya kenaikan harga dalam kategori tertentu dan apabila ini berlaku,
00:38rakyat akan risau, rakyat akan berpendapat ataupun merasakan bahawa ini akan menjejaskan kualiti hidup mereka.
00:50Dan apabila kita dengar di media tentang kenaikan harga global, isu geopolitik, kebimbangan ini
00:59semakin meningkat. Jadi apabila kita lihat apa yang rakyat lihat di pasar raya, di kedai dan apa yang rakyat belanjakan
01:09dan juga persepsi tentang ketidaktentuan di peringkat global ini, ini yang menyebabkan rakyat atau pengguna sebenarnya
01:18sudah menjadi lebih berhati-hati.
01:22Tambahnya, daripada perspektif dasar ekonomi, kerajaan disaran memberi tumpuan kepada kestabilan kos sehara hidup melalui langkah langsung
01:30seperti subsidi bersasar dan kawalan harga barangan asas.
01:34Sokongan turut perlu diperkukuh kepada sektor strategik seperti pengeluaran makanan dan tenaga boleh baharu
01:41melalui insentif fiskal serta bantuan berterusan.
01:45Pada masa sama, komunikasi dasar kerajaan perlu lebih jelas dan konsisten bagi mengelakkan kekeliruan
01:51serta mengawal sentimen pasaran.
01:54Bagi jangka sederhana dan panjang, beliau menekankan keperluan memperkukuh asas ekonomi
01:59melalui penciptaan pekerjaan berkualiti, peningkatan gaji, produktiviti, kemasukan pelaburan baharu
02:05serta sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS.
Comments