Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.2 peratus tahun ini berbanding 5.2 peratus pada 2025. Menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB), ia didorong permintaan domestik yang semakin meningkat di samping permintaan luaran yang masih berdaya tahan.
Transcript
00:00Hubuhan keluaran dalam negara kasar KDNK dijangka penyederhana kepada 4.2% tahun ini berbanding 5.2% pada 2025.
00:10Menurut MBSB Investment Bank Berhad, MBSBIB, ia didorong permintaan domestik yang semakin meningkat di samping permintaan luaran yang masih berdaya
00:19tahan.
00:20Katanya prospek perdagangan luar kekal berhati-hati, berikutan permintaan global lebih lemah dalam persekitaran inflasi tinggi,
00:27boleh menjejaskan momentum ekspor.
00:32Bagaimanapun, kejutan harga tenaga berterusan serta potensi gangguan aliran perdagangan di Asia Barat
00:38boleh beri tekanan kepada rantaian bekalan global dan meningkatkan risiko kekurangan produk berkaitan petrolium.
00:45Selain itu, dasar perdagangan Washington yang lebih ketat boleh terus menjejaskan permintaan luaran khususnya
00:51jika tarif baharu dikenakan ke atas produk semikonduktor,
00:54sekaligus menimbulkan risiko penurunan kepada ekspor elektrik dan elektronik E&E Malaysia.
01:01Di peringkat domestik pula, prospek pertumbuhan juga mungkin berdepan tekanan daripada sentimen pengguna dan perniagaan yang lebih lemah.
01:09Serta peningkatan tenaga harga dengan syarikat dijangka memindahkan kos pengeluaran yang lebih tinggi kepada pengguna.
01:16Menurut bank pelaburan itu, meskipun pertumbuhan domestik kekal kukuh, ringgit berdepan cabaran berbanding dolar Amerika yang kukuh.
01:24Sebahagian pemain pasaran menjangkakan kebarangkalian kenaikan kadar faedah lebih tinggi susulan kebimbangan inflasi di Amerika
01:32yang kembali memuncak berpotensi menyokong indeks dolar Amerika dalam jangka pendek.
01:37Melangkah kehadapan, MBSBIB menjangkakan mata wang tempatan akan mengukuh sepanjang 2026 memandangkan daya tahan ringgit kebelakangan ini
01:47mencerminkan peningkatan keyakinan terhadap pengurusan makroekonomi Malaysia serta asas ekonomi yang kukuh.
Comments

Recommended