00:01Keterbukaan naik Presiden UMNO Johari Ghani mengakui hakikat pahit yang dominasi parti itu sudah jauh berkurangan dianggap positif oleh penganalisis.
00:10Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, UMNO perlu keluar daripada bayangan nostalgia bagi memastikan kelansungannya dalam politik negara untuk
00:20jangka panjang.
00:20Beliau berkata kenyataan Johari membuktikan parti itu masih mampu jujur terhadap dirinya sendiri, satu sikap yang membolehkan UMNO menilai realiti
00:30politik semasa dengan lebih objektif.
00:32Tambahnya parti politik yang jujur akan lebih jelas memahami kekuatan dan kelemahannya serta tahu bila kompromi perlu dibuat.
00:39Dalam ucapannya pada konvensyen ulang tahun ke-80 UMNO Sabtu lalu, Johari mengingatkan pemimpin parti supaya sedar bahawa UMNO hanya
00:48mempunyai 26 kerusi di Dewan Rakyat.
00:51Sementara itu Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata,
00:56Landscape politik semasa sudah berubah secara drastik sejak 30 tahun lalu dan kini setiap parti mempunyai peluang untuk menjadi kerajaan.
01:04Mazlan mencadangkan UMNO meneliti data daripada pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran yang
01:13lebih jelas tentang realiti politik semasa.
Comments