00:00Keputusan terbaru Peguam Negara untuk mendakwa seorang pemandu cuai atas kesalahan membunuh telah mencetuskan kemarahan dan menimbulkan semula persoalan sejauh
00:11mana budi bicara pendakwaan boleh digunakan.
00:15Dalam artikel yang dihantar ke meja pengarang, bekas Hakim Hamid Sultan Abu Bekar berkata isu ini bukan perkara baru.
00:23Beliau berkongsi satu kes dari awal kerjainya. Seorang wanita muda yang belum berkahwin ditahan hampir 5 tahun tanpa dibicarakan.
00:33Dia didakwa membunuh. Tetapi menurut Hamid, apa yang berlaku sebenarnya berbeza. Wanita itu menyembunyikan kehamilannya daripada keluarga.
00:43Dia bersalin seorang diri di tandas dan dalam keadaan terkejut serta keliru membuang bayinya.
00:49Mayat bayi itu hanya ditemui kemudian apabila ibu bapanya memanggil tukang paik baiki saluran tersumbat.
00:57Selepas itu, dia ditangkap.
01:00Sepatutnya dia didakwa atas kes infanticide yang mengambil kira keadaan emosi ibu selepas bersalin.
01:07Tetapi sebaliknya dia didakwa membunuh yang boleh membawa hukuman mati.
01:13Hamid berkata ini bukan sekadar berlebihan tetapi tidak adil.
01:17Selepas bertemu wanita itu di pusat tahanan kajak, beliau bertindak dengan mefalkan permohonan habeas corpus untuk mencabar pendahanan tersebut.
01:28Kes itu dibawa ke mahkamah dan seorang hakim mempersoalkan tindakan pihak pendakwa.
01:33Hakim itu pada dasarnya bertanya, wanita ini sudah direma 5 tahun.
01:38Jika ini kes infanticide, kenapa dia didakwa seperti pembunuh?
01:43Pada hari sama, pertuduhan ditukar kepada infanticide.
01:47Wanita itu mengaku bersalah dan kerana dia sudah lama dipenjarakan, bagi hukumannya tamat beberapa bulan kemudian.
01:55Bagi Hamid, pengajarannya jelas.
01:57Budi bicara pendawaan bukan kuasa mutlak.
02:00Walaupun peguam negara ada kuasa memilih pertuduhan, ia masih boleh dipersoalkan.
02:05Jika kuasa itu disalah guna, mahkamah perlu campur tangan.
02:10Sebab itu mekanisme seperti habeas corpus masih penting.
02:15Bukan kerana ia sentiasa membebaskan orang dengan segera.
02:18Tetapi kerana ia boleh membuka semula kes, menunjukkan ketidakadilan dan mengelakkan seseorang daripada terus dilupakan dalam penjara.
02:27Baca artikel penuh tulisan Hamid Sultan Abu Beker seperti yang tertera.
02:32Saya Hayli Izzati, FMT.
Comments