00:00Di sebalik pergeseran yang berlaku, penganalisis percaya, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan terus berusaha mengekalkan kerjasama demi kepentingan politik
00:10masing-masing.
00:12Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata,
00:16keretakan hubungan tidak semestinya membawa kepada perpisahan sekiranya kedua-dua pihak merasakan kerjasama itu lebih menguntungkan daripada bertembuh.
00:26Bagaimanapun bekas pemimpin DAP Roni Liu yang menyertai Parti Bangsa Malaysia melihat persefahaman BN-PN pada PRN Negeri Sembilan
00:35hanyalah bersifat taktikal dan mendakwa petanda awal khususnya berkaitan pembahagian kerusi sudah mula kelihatan menjelang PRN Melaka.
00:45Walaupun BN dan PN menyatakan sudi mengadakan rundingan, Presiden Amno Zaid Hamidi mahu mempertahankan kesemua 21 kerusi dun milik BN
00:54manakala Presiden PAS Hadi Awang membayangkan kerjasama seperti di Johor dan Negeri Sembilan tidak semestinya diulang di Melaka.
01:03Syazah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula percaya kejayaan di Negeri Sembilan akan mendorong BN dan PN
01:10mempertahankan gabungan itu sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya walaupun isu kepimpinan dijangka terus timbul.
01:18Zaharuddin turut menegaskan bahawa kerjasama atas dasar musuh yang sama tidak menjamin kelangsungan gabungan
01:24sambil menganggap perbutan kuasa dan kerusi di lapangan boleh memisahkan mereka pada bila-bila masa.
Comments