00:00Kesediaan UMNO Kedah bertarung habis-habisan sekiranya rakan dalam kerajaan perpaduan memilih pendekatan persaingan terbuka berdepan laluan sukar ketika pengaruh
00:11PAS semakin kukuh, kata penganalisis politik.
00:14Shahzah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, jika UMNO memilih tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan atau PH, langkah itu
00:24bersikur mencetuskan pertempungan tiga penjuru, akhirnya memecahkan undi sekaligus memberi kelebihan kepada PAS.
00:31Katanya dalam konteks Kedah, realitinya lawan utama UMNO ialah PAS dan bukannya PKR atau DAP.
00:38Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Kedah Syaiful Hazizi Zainal Abidin yang menyatakan parti itu bersedia bertarung habis-habisan sekiranya
00:49rakan dalam kerajaan perpaduan memilih pendekatan persaingan terbuka.
00:53Syaiful dilaporkan berkata, kenyataan Ketua Pemuda PKR Kamil Munim menyeru jentera parti bersiap sedia tanpa memikirkan soalan kerjasama mengesahkan apa
01:04yang didakwanya sebagai pendirian sebenar PKR di Kedah.
01:07Beliau turut mendakwa di Kedah tidak pernah wujud kerjasama yang benar-benar ikhlas antara parti terlibat, sebaliknya hubungan itu longgar
01:15tanpa penyelarasan dan kesepaduan.
Comments