00:00Penganalisis menjangkakan Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin tidak akan kembali menyertai UMNO
00:07walaupun parti itu membuka pintu kepada bekas ahlinya.
00:11Penganalisis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Shazah Syukri,
00:16berkata hubungan rapat Hamzah dengan PAS serta kedudukannya dalam Perikatan Nasional
00:21boleh menjejaskan kepercayaan rakan sekiranya beliau kembali ke UMNO.
00:26Sementara itu penganalisis dari Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata akar umbi UMNO juga dipercayai
00:33tidak bersedia menerima kumpulan Hamzah yang dianggap pernah mengkhianati parti itu.
00:39Bagaimanapun Azmi tidak menolak kemungkinan Hamzah tetap bekerjasama dengan UMNO pada masa depan
00:45sama ada melalui platform politik baru atau kerjasama seperti gagasan rumah bangsa.
00:51Buat masa ini, Hamzah kekal sebagai ketua pembangkang di Parlimen
00:56selepas PAS memutuskan tidak tergesa-gesa mengambil alih jawatan itu
01:00walaupun parti berkenaan kini mempengerusikan Perikatan Nasional
01:05dengan 43 daripada 62 kerusi Parlimen gabungan tersebut.
01:09Zaharul Alam, Yahya Syahir, FMT
Comments