00:00Blok pembangkang diingat mungkin tidak layak digelar kerajaan menunggu jika gagal tampilkan kepimpinan berwibawa.
00:09Itu pandangan penganalisis Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting.
00:15Katanya PNK ini di persimpangan sama ada menjadi pembangkang konstruktif atau sekadar retorik.
00:22Tanpa perubahan, mereka berisiko dilihat hanya lantang di media sosial tetapi lemah di parlimen.
00:27Beliau menegaskan Ketua Pembangkang Baharu perlu jadi arkitek penyelesaian kepada isu rakyat, bukan sekadar jurucakap politik.
00:36Credibility, integrity dan cadangan dasar yang jelas menjadi kunci untuk memulihkan keyakinan rakyat.
00:43Kritikan Khairi Jamaluddin yang melabel PN sebagai pembangkang tidak berkesan turut mencerminkan kelemahan gabungan itu.
00:51Fokus kepada isu dalaman hanya menjejaskan peranan sebagai pengimbang kuasa.
00:56Sementara itu, Taufik Yaakob dari Universiti Melayu berpandangan pembangkang perlu segera keluar daripada mimpi lama kejayaan,
01:05memperoleh 82 kerusi parlimen pada PRU-15 dan perlu berfungsi sebagai government in waiting.
01:12Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata pelantikan akan dibuat sebelum Jun,
01:17manakala Muhyiddin Yassin mahu ia disegerakan.
01:21Zaharul Alam, Yahya, Syahir, FMT.
Comments