Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Permohonan kepada Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan bermula semalam juga boleh dibuat secara fizikal menerusi pejabat Kementerian KPDN serta cawangan.
Transcript
00:00Dalam perkembangan lain, Armizan berkata permohonan kepada sistem kawalan diesel bersubsidi SKDS
00:07yang dipeluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan bermula semalam juga boleh dibuat secara fizikal
00:14menerusi pejabat kementerian KPDN serta cawangannya.
00:18Katanya KPDN juga menyediakan kaunter bergerak menerusi program turun padang
00:23seperti program mini karnival, program jualan Rahmah Madani dan hari bertemu pelanggan.
00:314 Mei, permohonan, pembukaan kepada permohonan SKDS itu telahpun mula dibuka
00:38untuk ketiga-tiga wilayah ini yang melibatkan 23 sektor pengangkutan darat barangan.
00:47Jadi kita bagi masa boleh rujuk kepada portal maksubsidi yang KPDN wujudkan tersebut.
00:58Jadi nasihat saya kepada syarikat-syarikat yang terlibat, semak kelayakan, update dokumen-dokumen yang berkaitan
01:07Rotex kena renew, begitu juga pendaftaran syarikat, entiti perniagaan, kooperasi dan sebagainya
01:15dan buat permohonan segera.
01:17Jangan tunggu di saat-saat akhir atau kemudian.
Comments

Recommended