00:00Bintang pop terkenal Britney Spears mengaku bersalah atas pertuduhan lebih ringan selepas ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan
00:08dadah.
00:09Penyanyi berusia 44 tahun itu sebelum ini didakwa memandu di bawah pengaruh gabungan alkohol dan dadah di California bulan lalu.
00:18Pada Isnin, Spears tidak hadir ke perbicaraan di Mahkamah Daerah Ventura, namun peguamnya mengemukakan pengakuan bersalah bagi pihaknya terhadap pertuduhan
00:26lebih ringan sekaligus membolehkannya mengelakkan hukuman penjara.
00:30Britney akan dikenakan hukuman percubaan selama setahun serta denda iaitu prosedur standar bagi tertuduh yang tidak mempunyai sejarah kes memandu
00:37di bawah pengaruh, kemalangan, jalan raya dan mencetakkan paras alkohol dalam darah yang rendah.
00:43Selain itu, Pejabat Pendawa Raya Daerah Ventura memaklumkan pendekatan itu lazim dilaksanakan terhadap individu yang menunjukkan kesediaan untuk menangani masalah
00:50mereka serta mendapatkan rawatan.
00:52Kes berkenaan berlaku hanya beberapa minggu selepas penyanyi berkenaan secara sukarela memasuki pusat pemulihan.
00:58Pada 5 Mac lalu, Britney yang tinggal di kawasan tersebut ditahan polis selepas dilihat memandu secara tidak menentu menggunakan kereta
01:04BMW 430i miliknya.
01:07Menurut polis, Britney menunjukkan tanda-tanda gangguan keupayaan dan menjalani beberapa ujian saringan di lokasi kejadian selepas ditahan.
01:13Dalam hal itu, Britney turut diarah supaya meneruskan rawatan penyalahgunaan bahan yang sedang dijalaninya.
01:19Pada tahun 2007, Britney pernah terlepas daripada perbicaraan kes langgar dan lari selepas membayar ganti rugi berhubung satu insiden di
01:26tempat letak kereta di California.
01:29Sepanjang kerjanya, Britney Spears pernah meraih enam lagu no.1 dan lapan album dalam kelompok sepuluh teratas di United Kingdom
01:35selain menjalankan kerjasama dengan artis ternama termasuk Madonna, Rihanna dan Backstreet Boys.
01:41Pada 2022, Britney tampil dalam kolaborasi bersama Elton John sebelum bekerjasama dengan anggota Black Eyepiece, William menerusi lagu berjudul Mind
01:50Your Business pada 2023.
Comments