Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Serangan Houthi di Selat Bab al-Mandab menjejaskan trafik ke Terusan Suez, menyebabkan hasil Mesir merosot 66 peratus pada 2024. Ketegangan Gaza-Iran-AS meningkatkan risiko kepada laluan tenaga dan perdagangan global.
Transcript
00:00Mesir alami kerugian kira-kira 10 bilion dolar Amerika daripada kutipan hasil terusan Suez, susulan serangan terhadap perkapalan di Selat
00:08Bab Al-Mandab akibat Perang Gaza.
00:11Seterusaha Agung Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi OECD, Mathias Kormen berkata, serangan berterusan ke atas kapal di Selat Bab Al
00:19-Mandab iaitu laluan mariting penting yang menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden mengurangkan secara ketara trafik kapal menuju terusan Suez.
00:30Selat Bab Al-Mandab adalah antara laluan perkapalan paling strategik di dunia bagi bekalan tenaga dan makanan selain terusan Suez
00:37dan Selat Humus.
00:39Serangan terhadap kapal bermula pada November 2023 apabila kumpulan Houthi dari Yemen melancarkan serangan drone dan peluru berpandu ke atas
00:48kapal di Laut Merah sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestine yang berdepan serangan Israel di Gaza yang mengorbankan lebih 72
00:55,000 nyawa sejak Oktober 2023.
00:58Serangan menyebabkan penurunan mendadak jumlah kapal yang melalui terusan itu yang merupakan antara sumber utama petukaran asing Mesir.
01:07Menurut Ketua Pihak Berkuasa Terusan Suez Osama Rabi, hasil terusan itu merosot sebanyak 66% pada 2024 kepada 3.9
01:16bilion dolar Amerika berbanding kira-kira 10.2 bilion dolar pada 2023.
01:21Pada 12 April, kumpulan Houthi memberi amaran akan meningkatkan serangan di Laut Merah sekiranya serangan Israel dan Amerika Syarikat ke
01:29atas Iran disambung semula.
01:32Ketegangan serantau meningkat selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari yang mencetuskan tindak balas
01:40dari Teheran terhadap Israel serta sekutu Amerika Syarikat dirantau teluk selain penutupan Selat Humus.
01:46Genjatan senjata selama dua minggu diumumkan pada 8 April melalui perantaraan Pakistan diikuti rundingan langsung di Islamabad pada 11 April,
01:55namun tiada persetujuan dicapai untuk genjatan senjata berkekalan.
02:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kemudian melanjutkan genjatan senjata itu tanpa menetapkan tempoh baharu susulan permintaan dari Pakistan.
02:08Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended