00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim rakamkan penghargaan tertinggi kepada seluruh anggota bomba atas peranan besar mereka dalam meminimumkan kerugian
00:10negara menerusi kepantasan dan kecekapan dalam mengendalikan kecemasan.
00:16Beliau berkata jasa serta pengorbanan anggota bomba bukan sekadar menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah menjadi tunjang penting dalam menyokong
00:25kelangsungan pembangunan serta kesejahteraan negara.
00:30Beliau mendoakan agar seluruh anggota bomba dan penyelamat sentiasa dilindungi, dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam memikul amanah serta terus diberi
00:40kecekalan dalam berbakti tanpa jemur.
00:43Perdana Menteri berkata demikian menerusi hantaran di Facebook pada Islin bersempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia.
00:50Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zamri Abdukadeh turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga JBPM atas dedikasi dan
01:00komitmen tinggi mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira situasi.
01:04Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyifatkan anggota bomba sebagai wira sebenar yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dalam pelbagai keadaan kecemasan
01:15termasuk tugas menyelamat yang unik.
01:18Zamri turut merakamkan ucapan selamat Hari Bomba serta menghargai keberanian dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh pasukan itu tanpa mengenal
01:27erti lelah.
01:27Hari Anggota Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun bagi menghargai jasa dan komitmen pasukan penyelamat itu di seluruh
01:37dunia.
Comments