00:00Baik seorang pemandu van persiaran ditahan polis selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan di kilometer 212
00:09Leboraya Utara Selatan arah selatan semalam.
00:12Ketua Polis Daerah Alur Gajah Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata ketika kejadian van persiaran itu membawa 8 penumpang warga India
00:19dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.
00:25Ujarnya, tiga penumpang alami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.
00:32Pemandu van berusia 55 tahun itu tidak alami sebarang kecederaan.
00:36Sementara itu, Ahmad Abu Bakar mengesahkan hasil ujian saringan awal air kencing pemandu tersebut didapati positif dadah jadis metafetamin.
00:44Suspek telah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Magisteri Alur Gajah pada Rabu bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.
00:51Kes disiasat mengikut Seksyen 44-1A-A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan.
Comments